|
|
| Friday, July 14, 2006 |
| 2nd trening dan macam-macam blog |
Dah dekat sejam setengah aku kat cc ni. Ntah hapa aku buat pun aku tak tau.Anyway, petang tadi aku turun training. Players yang turun lagi sikit dari smalam. Smalam bole buat 2 full team, tapi hari ni lebih kurang 16 orang jer yang datang.
Aku sampai awal sikit hari ni sebab Ayap tumpangkan aku. Sampai-sampai jer aku terus salin pakai pad keeper. Abis pakai aku kuar, tengok-tengok ada Mad Zain (ex-keeper team) tengah borak-borak dengan Abg Mad. Ntah hapa yang diborakkan pun aku tak tau, malas nak join. So aku terus buat streching sebab smalam aku tak streching sebelum main, malam masa tidur kaki aku cramp. Ya Rabbi, punya la seksa! Anyway memandangkan ramai budak pompuan yang tengok kitorang trening kat tepi pagar, lalu aku pun menambahkan lagi riual streching aku seperti reverse bending dengan push-ups (30 kali jer-sebab budak-budak dah start kutuk gue).
Masa awal-awal main, budak-budak test aku. Performance aku not so bad rasanya. Sebab Abang Mad ada, aku macam semangat sikit la... Aku pun tak tau, aku yang makin hebat ke, budak-budak ni yang makin lembik.Lepas tu Coach suruh buat game. Nasib baik aku dapat team yang ok, sebab tak banyak kena serang, and team aku kuat attack. Walaupun agak boring dan panas berada di dalam helmet keeper tu, tapi ok gak daripada bersusah payah kena attack. Team Mat Zain letak Raihan jadi attacker, walaupun ada lagi player-player lain yang lebih berbisa macam Tapa, Long dan Lan. Aku rilek gak la sebab setiap attack yang seciput tu, dapat ditahan oleh another prominent team defender si Fuad (yang baru potong rambut ala-ala punk).
Hari ini terjadi lagi satu drama pergaduhan laser-melaser. Kali ini pihak yang terlibat, mewaliki Gurun, Long dan mewakili Serdang, Fuad. Lagi skali aku tak tau sebabnye, kerana aku banyak berangan masa game. Tapi yang kelakarnya, dua-dua ni suara pitchnya agak tinggi, so dengar macam pompuan gaduh pun ada. Kalo betumbuk pun aku tak kisah sebab budak-budak ni kalo tak sekali merasa diorang tak tau. Namun kedua-duanya berbaik semula di akhir game, dengan bersalaman tanda muhibah. Ewww.. bersalam? Kolotnya!
Balik aku jalan kaki, sebab aku berborak dulu dengan Zain and then aku ditinggalkan oleh budak-budak sialan itu. Sampai bilik dah nak pukul 8, mandi and solat. Lepas solat aku terus tidur. Si Amar keling pulak pi hantar komputer kat adik dia di IIC. Aku bangun pukul 11.30 dan terus makan.
Lepas makan aku terus ke cc ni, dan try cari blog-blog lain untuk dijadikan link. Aku jumpa blog Muzafar, housemate Zam. Aku tak rapat sangat dengan dia, sebab aku tengok dia ni macam tak outgoing jer. kat dalam tu banyak la blog artis-artis ni macam Ako Mustapa, Afdlin Shauki etc. Ok la my time is up. Gotta hit the bunk. Bye Suckers! |
posted at 2:08 AM   |
|
| 1 Comments: |
-
Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you. »
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
| |
“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”
~ Unknown
“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
~ Maya Angelou
“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”
~ Thucydides
“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”
~ Hermann Hesse
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| Advertisement / I'msellingout |
Debt Consolidation
|
| |
|
|
Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you.
»