Randomination

keep it real! I'm front'n
Yasmin II
Yasmin
Ikmal Edris
Kit
war
Wira
Sabree
jumpingJane
Armand
Guo
Amad Eimang
Raj
Abby
Ted
Ina
Nadia
Caryn
Hati Batu
Izwan Azrul
Haider
Gidong
© 2008 gdjock@yahoo.com
Saturday, July 22, 2006
First friendly di season baru.
Aku bangun macam biasa, lambat. Sebenarnya aku dah terbangun pagi, tapi memandangkan aku takde mende nak buat, so aku sambung tido balik. Aku bangun dalam pukul 1p.m. Mandi dan iron baju melayu aku. Aku pi solat Jumaat dengan Azam naik moto dia. Abis sembahyang aku keluarkan duit kat ATM, jumpa Apek. Lepas kuar duit aku pi kedai Kak Yam. Mami Jarum sikit - smalam masa mandi aku jumpa Sha'ban, dia cakap dia dah angau ngan sepupu Kak Yam. Nama dia Nabiha, cun gak orangnya, tinggi. Amat sesuai dangan aku. Aku pun sms la kat Yati pasal Sha'ban tu. Yati cakap dia dah tau, siap si Sha'ban tu offer nak trade abang dia untuk Nabiha. Tapi Yati cakap si Nabiha tu dah ada balak. Of course la, budak cun macam tu memang cepat je kena sambar.

Berbalik pada kedai Kak Yam (ingat Kak Yam, ingat mami jarum), aku sebenarnya sebelum tu, kuar-kuar je dari masjid jumpa si Abe. Dia ajak aku lepak kat kedai Kak Yam, sebab 'bini' dia si Yati tu jaga hari ni. Tup-tup sampai-sampai je kat kedai Kak Yam tu, dah ditutup. Si Abe cakap dia baru je lepak kat situ sebelum solat. Lalu kami pun balik la ke bilik. Aku terus pi makan. Si Abe suruh belikan air. Lepas makan aku beli air, minum separuh dan pi naik bilik Abe. Sekali dia nak kuar pi tengok Pirate of the Carrebean; Dead Man's Chest ngan Yati. Babi betul! Buat penat je aku naik.

Lepas tu aku pi lab. Aku main computer lama sikit sebab petang ni aku takde trainning. Coach cakap hari tu malam ni dia nak buat friendly. So save tenaga la sikit untuk malam ni. Aku balik dah petang, lepak-lepak jap, terus siap-siap baju bawak dalam stick case. Aku cadang ingat nak solat kat masjid (yang lama aku tak kunjungi itu) and then terus pi padang hoki (sebab game khabarnya start pukul 8 SHARP!). Aku sampai padang dalam pukul 8.02 dan sekoq haram jadah pun takde lagi kat situ! Spotlight pun belum pasang lagi. Aku bukak satu spotlight and then terus salin baju.

Aku dah lama tak main game, so naturally aku jadi nervous giler. Memang dah menjadi macam ritual aku, sebelum apa-apa game aku tak nak suka-suka. Sebab aku macam percaya (dan emamng terjadi) kalau aku suka dulu, lepastu akan berduka lah aku jawabnyer. And so, vice versa. Lepas salin baju aku terus buat warm-up sorang-sorang. Dalam 10 minit lepas tu budak-budak datang nak try aku.

Dalam pukul 9 game start. Kitorang lawan team staff rupa-rupanya. Aku kena jadi 1st keeper. Team staff pulak Zain yang jaga. Team staff ni memang boleh makan, tapi ada 1 player Ol' Skool yang teramat lah power. Beliau yang saya maksudkan adalah En. Bakaruddin (atau Abg. Burn). Dia ni Pak Guard cawangan traffic kat sini. Memang otai. Badan kecik gak, tapi punya lah laju. Kalau dia hit pulak, aku yang pakai full pad ni pun masih rasa gentarnya. Punyalah kuat! Dia ni satu team dengan Abg. Mat dulu main Malaysia and Tentera.

Masa game tu, aku yang bolos dulu. Yang scorenye saper lagi kalo bukan Abg Burn. Tapi team aku dapat me'level' kan gol hasil jaringan ntah sapa ntah. 2nd half, Mat Zain tukar dengan Ayap. Belum pun game abis 10 minit, si Ayap dah bolos 4 gol. Ape kebenda? Aku pulak lepak jer. Tak dicabar langsung. So aku pun offerla diri aku untuk bertukar team. Walaupun nampak tindakan aku ni macam teramatlah cocky, tapi sumpah bukan itu maksud aku. Anyway, team aku berjaya jugak menjaringkan gol hasil pukulan sudut penalty (short corner) si Lipan. Aku pulak bolos lagi 2 gol. Tak pelah, defender aku pun budak-budak baru. Nak marah lebih-lebih kang merajuk plak, lepas ni taknak main hoki dah. Lepas game, kitorang main penalty shot plak. Si Ayap ni power la pulak masa jaga penalty. Aku memang akui aku punya reflex teramatlah lembab! Abis game, aku isap rokok ngan si Razi. DIa cakap Huzek dah 'grad' awal. Dia kini belajar jurusan Architecture di UITM. Semoga ko berjaya Huzek.

Aku tak plan pape untuk weekend ni. Ntah la nak buat ape.

Hoki

~Kem,Tapa,Long,Huzek,Razi @Bikit Jalil (Masum 05)

posted at 2:33 AM  
2 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Every Man For Himself

“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”

~ Unknown

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”

~ Maya Angelou

“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”

~ Thucydides

“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”

~ Hermann Hesse





Advertisement / I'msellingout
Image Hosted by ImageShack.us
Debt Consolidation