|
|
Friday, July 14, 2006 |
Mami dan papi jarum. |
Hmm... hari ni aku bangun pukul 1pm. Nasib baik tak telajak semayang Jumaat. Abis mandi si Amar cakap ada orang letak password kat computer dia. Walaupun aku orang yang last skali guna computer dia tapi aku tak letak password. Aku agak mungkin virus terbaru kot. Mana tau ia sama hebat macam virus Brontok yang menyerang komputer-komputer di sini sem lepas. On the way pi masjid aku singgah jap kat HS cafe, beli air milo ais sebab tekak aku kering giler. Lepas tu aku lepak kat kedai Kak Yam, tapi yang ada kat situ cuma Shida dengan Sha'ban. Shida bagitau kat aku yang Sha'ban citer, sebenornya Siti bukannya nak kawin dengan Datuk K, tapi nak kawin dengan Fazley. Aku sebenornya dah lama tau citer ni, Mak Su aku yang bagitau masa aku balik Muor dulu. Wah wah sekang ni si Sha'ban dah pandai jadi mami jarum. Tapi induk mami jarum sebenar adalah KAK YAM sebenarnya ye kawan-kawan. Kalau nak dapatkan cerita-cerita terhangat, mengenai rakan-rakan seperjuangan mahupun selebriti-selebriti tempatan, silalah rujuk mami jarum professionl kita ni yer. Hari tu dia bagitau, sebab Erra bercerai ngan Yusri adalah disebabkan Erra kantoikan si Yusri tengan 'main' dengan Adam AF2. Hmmm.. patut la...
Anyway lepastu ku pi semayang Jumaat. Harini khutbah dalam bahasa arab ngan english. Tapi aku tengok khatib pak arab ni, beriya-iya bagi khutbah. Macam bersyarah. Aku layan je lah, walaupun aku paham bahasa arab seciput jer. Kalo katib local ni, layu je dengar. Syaitan pun siap main tarzan-tarzan kat kelopak mataku yang dihiasi bulu-buluan mata yang lentik ini. Abis semayang aku borak ngan Farid, member sekolah aku kat Shahpekan. Dia citer si Yuslina dah kwin ngan budak engin gak tapi si bangla (nama timangan Farid) ni tak tau nama budak tu. Dawood (atau Kader) kena kawin paksa oleh mak dia masa dia balik ke India haritu. So, terpaksa la dia kawin, tapi bila balik Malaya, bini dia tinggal kat India. How so? Aku pulak menambah citer yang aku jumpa Syed Khalid dah ada anak.
Lepas semayang aku tak makan, sebab aku takde selera. Aku terus pi student affairs, ingat nak check schedule untuk kelas tapi takde la pulak. Last-last aku pi lab, main internet. Petang lepas Asar, aku pi padang hoki. Punya la jauh aku menapak, sekali takde budak langsung kat situ. Sialan. Memandangkan aku dah jalan jauh,nak patah balik rasa macam membuang tenaga, so aku pun buat la streching sikit-sikit lepas tu jogging 5 round. Punya la semput aku nak menghabiskan 5 round tu, almaklumlah, lama tak main, badan dah naik lemak. Lepastu aku main pukul-pukul bola, then dalam 6.30pm barula si sapek datang. Dia cakap budak-budak ni tengok game MHL. Patutlah! Dalam pukul 7 aku tumpang Apek balik. Baju aku dah basah lencun dengan peluh, so aku tak berani duduk bersandar sebab ni bukan keta Apek tapi keta awek dia. Kalo keta Apek, aku berak kencing dalam tu.
Sampai bilik, aku mandi, solat and lepas tu makan ngan Amar keling. Masa makan dia ada ngadu kat aku yang dia tak puad hati sebab Minog cakap dia kena dismiss sebab Amar. Aku diamkan je, sebab aku taknak menyebelahi sape-sape. Dia tengah sibuk-sibuk cuci bju sebab esok budak-budak ARC nak pegi air terjun Tanggar. Aku plak tak boleh pegi sebab hari Ahad aku ada meeting ngan trainers untuk First Aid course.
Dah lama aku kat cc ni. Ok la aku nak lepak bilik Abe (atau nama manjanya 'Babi'), nak tengok mana tau dia ada dvd terbaru. Bole aku layan. |
posted at 11:13 PM |
|
2 Comments: |
-
Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us. »
-
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”
~ Unknown
“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
~ Maya Angelou
“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”
~ Thucydides
“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”
~ Hermann Hesse
|
|
|
|
|
|
|
Advertisement / I'msellingout |
Debt Consolidation
|
|
|
|
Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»