Randomination

keep it real! I'm front'n
Yasmin II
Yasmin
Ikmal Edris
Kit
war
Wira
Sabree
jumpingJane
Armand
Guo
Amad Eimang
Raj
Abby
Ted
Ina
Nadia
Caryn
Hati Batu
Izwan Azrul
Haider
Gidong
© 2008 gdjock@yahoo.com
Sunday, July 16, 2006
The Princess and I

Ok sekarang aku nak citer pasal awek aku. Memandangkan aku tak pernah citer pasa sesapa macam mana aku jumpa dengan awek aku ni, jadi aku rasa ini adalah peluang aku untuk straight out the facts. Begini ceritanya...

Tarikh hari tu adalah 4 December 2004 dan aku masa tu tengah lepak kat rumah member aku. Masa tu aku baru nak tido, tiba-tiba aku dapat satu sms. Nombor aku tak kenal tapi, benda yang dia bagi tu macam berbaur cintan-cintun. Senang-senang cakap, benda tu "cute messages" la. Mula-mula aku buat bodo jer. Kat dalam kepala aku cuma ada 2 benda jer... A) budak-budak nak buat prank kat aku; atau B) orang salah hantar.

Esoknya datang lagi 1 sms, antara ayat yang aku ingat lagi adalah, "...for someone who I feel good to think, but I can't see...". Aku jadi sikit marah sebab aku rasa orang yang buat prank ni dah melampau. Jadi aku terus call dia, tapi dia tak angkat. Aku pegi public phone, kali ni dia angkat tapi dia tak jawab bila aku tanya. Aku hang-up. Lepas tu dia hantar mesej, dia cakap sori dia tak jawab, dan dia cakap dia secret admirer aku. Pehh.. aku dah ada stalker. Perasaan aku berbelah bahagi. Sikit suka, sikit tak percaya. Muka macam aku ni layak ke dapat stalker.

Hari-hari seterusnya aku agak rajin call dia. Suara dia memang sedap di dengar. Lembut jer dengar. Sejuk telinga. Aku tanya la macam mana dia kenal aku? Dia jawab dia kenal aku sebab dia selalu tengok masa aku training hoki. Padang hoki memang terletak kat sebelah kolej sister, kolej Maryam. Lepas tu dia tanya aku macam mana dia bole dapat nombor aku. Yang tu dia tak nak jawab. Dia rupa-rupanya budak 2nd year Human Science: Sociology( atau budak UIA panggil course Soca). Asal dari Sungai Petani.

Perhubungan kitorang terus menjadi lepas tu. Hari jadi dia pada 7 Jan and hari jadi aku 10 hari lepas tu. Kebetulan duit PTPTN baru masuk, aku bagi beg tangan merah kat dia. Tu la first present aku bagi kat dia. Then masa hari jadi aku, dia bagi wallet Polo yang aku pakai sampai sekarang. Yang peliknya masa aku nak bagi hadia tu dia cakap dia belum sedia nak bersua muka dengan aku. Aku kompius, aku yang buruk ke, dia yang tak cukup sifat. Tapi aku steady jer. Aku letak present tu kat pagar, lepas tu member dia amik. Aku mencari-cari jugak sapa sebenarnya yang pass nombor aku kat dia. Suspect nombor 1 aku adalah budak-budak hoki dari kolej Maryam. Izzah dan rakan-rakan. Ada satu masa tu si Azura Ombak ada cakap ada budak kirim salam kat aku. Suspect berubah pulak, takkan la si Ombak yang bagi nombor tu sedangkan dia bukan budak Maryam ataupun Soca. Bila aku tanya (1-2 minggu lepas tu) si Ombak cakap budak yang kirim salam tu player state Selangor. Aikk orang lain pulak? Tapi aku tetap tegar mencari siapakah identiti stalker tersebut.

Rasanya agak lama gak aku ada affair dengan dia sebelum dia setuju untuk berdating buat kali pertamanya. Aku dah nekad, walau buruk macammana pun dia ni, hitam ke, bantut ke, berjerawat ke, aku tetap terima. Tapi kawan-kawan, ramalanku salah belaka. Aweks yang sedang menunggu aku di HS cafe itu adalah seorang gadis yang teramatlah cun nyer. Kulit dia putih kemerah-merahan sebab lama menunggu aku di panas terik. Aku pun apa lagi, meningkatkan kuasa control macho aku ke tahap yang maksimum. Oleh kerana terlalu control macho itulah, lidah aku macam tersimpul mati. Tapi dalam hati aku begitu gumbira tak terkata. Lepas tu kitorang keep on macam biasa. Kadang-kadang jumpa kat HS cafe, kadang-kadang tu dia temankan aku trening bila aku training sorang-sorang. Satu yang aku kureng paham, dia ni malu untuk berjumpa dengan member-member hoki atau Adventure club aku. Mungkin dia belum sedia kot.

Menjelang finals dan cuti semester, hubungan kitorang jadi tawar sikit. Kitorang dah tak selalu sangat contact sebab mungkin masing-masing busy buat preparation final exam. Nak call guna handphone mahal la plak sebab masa tu aku guna Celcom, dia guna Maxis. Aku kan kedekut sikit. Hubungan semakin renggang masa kitorang cuti. Aku tak amik short sem, dan aku balik ke Muar duduk ngan Nya'ie (nenek) aku. Kat situ line memang susah nak dapat, kalo ada pun malam je. Dia ada la call aku tapi aku tak penah call dia. Public phone jauh..malas..hehe.

Sem baru menjelma, aku macam dah jarang call dia, sebab dia pun jarang call aku. Lagipun aku dah ada affair baru ngan staff kat lab. Budak ni dari Kota Tinggi, cun pulak tu. Staff-staff lain pun memang ada menaruh hati kat dia ni (siap ada yang send lagu "Menanti Sebuah Jawaban") tapi dia ni yang muda dari aku 2 tahun, buat derk jer. Tapi kitorang paham hubungan ni macam main-main jer, sebab dia dah ada bf dan aku dah ada gf. Ni kita 'teman tapi mesra' la. Aku tiap-tiap hari hantar budak ni balik, dan beberapa kali dikantoikan oleh budak-budak Biotech dan staff-staff lain. Kitotang pun slalu berborak, dia banyak gak ceritakkan masalah dia kat aku. Aku pun pura-pura dengar...zzzz

7 Januari menjelang lagi. Aku belikan awek aku ni teddy bear biru, ngan sim card DIGI yang nombornya lebih kurang sama dengan no DIGI aku. Tapi masa aku nak bagi tu, dia ada kat rumah pulak. So, lebih kurang seminggu lepas tu, aku bagi la hadiah tu kat dia melalui kawan dia. Konon nak bagi surprise kat dia. Tau-tau malam tu aku call member dia cakap dia menangis. Aku cakap apehal plak? Aku call dia. Lepas tu dia cakap dia ingat aku ngan dia dah putus sebab aku lama tak contact dia. Lepas tu aku ngan dia bergaduh besar la jugak. Dalam ketiadaan aku, dia rupanya dah di approach oleh orang lain. Aku cakap aku tak pernah lepaskan dia. Masa tu lah dia cakap yang dia betul-betul sayangkan aku. Aku pun terperanjat sebab takde orang yang penah caka dia sayangkan aku selain keluarga aku.

Memandangkan 'line' aku dah nak kena potong, aku fight habis-habisan. Last-last kan kawan-kawan, dia pilih aku jugak sebab dia cakap dalam hati dia cuma ada aku (dan Tuhan). Aku rasa aku dah menang! Tapi kali ni aku berjanji takkan sia-siakan dia lagi. So aku cuba sepenuh hati aku untuk menghabiskan masa aku untuk dia. Ada sekali tu kawan-kawan dia 3 orang 'attack' aku. Diorang cakapla macam mana dia punya sayang kat aku. Dan diorang citer macam mana dia boleh kenal aku. Haha..pecah lobang! Bagini ceritanya...

Dia kenal aku masa ada even Inter-Mahallah Hockey Games (macam inter-college la). Masa tu aku jadi lebih kurang macam coach diorang la. Budak ni main untuk college Maryam. Tapi masa tu aku memang tak ingat muka dia. Sebab aku bila coach, memang ajar sama rata. Anyway Maryam masuk sampai final. Lepas tu dia ni beriya-iya cari macam mana nak reach aku. Ada player budak pompuan yang last-last bagi nombor ni kat dia(aku lupa nama dia-damn!). Member-member dia cerita, punyalah dia suka bila dapat nombor aku ni. Tapi dia amik masa gak nak initiate call tu sebab dia nak 'kumpul segala kekuatan' (aku quote).

So sekarang ni aku masih bercouple ngan dia. Kadang-kadang tu ada gak gaduh, ada gak aku makan hati dengan perangai dia, tapi aku tetap sayangkan dia. I love you Putri.

**Sebarang kesalahan dalam cerita ini adalah tidak disengajakan. Sori Putri...
posted at 12:39 AM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Every Man For Himself

“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”

~ Unknown

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”

~ Maya Angelou

“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”

~ Thucydides

“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”

~ Hermann Hesse





Advertisement / I'msellingout
Image Hosted by ImageShack.us
Debt Consolidation