|
|
Tuesday, July 18, 2006 |
Reunion Orang-Orang Lama di Malinja |
Aku sebenarnya tengah tidur tadi. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk oleh brengset mana ntah. Walaupun aku malas, tapi aku gagahi jugak membuka pintu itu. Ler... si syaitan Sha'ban rupanya! Tersengih dengan braces nyer dan kepala berbalut (sebab dia jatuh basikal petang tadi, badan calar-calar gak,nasib baik gigi tak patah, kalo tak membazir jer pakai braces). Oleh kerana aku tengah lalok aku macam dengar dia nak pinjam something, tapi aku tak tau amender. Lepas tu aku try la nak tidur balik, tapi tak dapat. Sialan punya Sha'ban!
Aku bangun dan teringat baju-baju aku dah seminggu tak basuh. Baju sukan aku hari tu ingat nak pakai balik, tetapi sekali cium, Ya Rabbi, bau punya la tengik. So aku kumpulkan semua baju dan headed to the laundry place. Masukkan $2, lepastu lepak kat CC.
Petang tadi aku macam malas nak turun training. Lenguh sana sini. Tapi aku gagahi jugak walaupun dah agak lewat iba di padang hoki. Tengok-tengok budak-budaks dah dtart training. Mau tak berlari aku pi store tukar pad keeper. Dalam store/changing room, si Ayap dah siap pakai pad keeper, pakai pad aku pulak tu. Nasib baik ada pad lagi satu. Pad Saufi. So, aku pun pakai, walau pun aku tak gemar sangat ngan pad ni sebab it's too bulky. Susah aku nak gerak. Siap pakai pad, aku buat warm-up jap. Faisal, ex-team mate aku pun ada, dengan Wan dan Zahar skali. Lepas tu Coach bahagika budak budak kepada 2 team. Aku nampaknya diletakkan di dalam golongan first eleven punya team. Yang lebih, sebanyak 14 orang tu masuk team yag lagi satu. Lepastu lawan. Aku rasa kitorang menang, walaupun aku bolos satu, Faisal yang score.
Abis game, si Razi ada buat briefing sikit pasal KL League, aku malas nak dengar sebab aku dah senior..hehehe. Balik tu Faisal ajak makan. So lepas mandi dan solat maghrib, aku, Faisal, Wan, Epul, Zahar & awek, pi makan kat Malinja. Ni kira reunion orang-orang lama la ni. Punya la ramai orang. Lepas beratur lebih kurang 10 minit, baru dapat makan. Aku makan nasi lemak double ngan ayam. Nasi lemak kat sini memang sedap. Waitress dia pun ketat-ketat beb! Tapi sekarang macam dah kurang sikit. Dulu lagi ramai. Kat situ kitorang borak-borak, update pasal masing-masing. Zahar cakap dia macam nak berenti keje sebab keje kat putrajaya tu gaji kecik giler. $600 je, ade ke patut. Si Wan keje kat alumni. Dia cakap gaji dia sebulan tak masuk sebab kakak clerk tu salh masukkan no.account dia. Tadi baru dapat satu cek berpalang. Dia ada citer gak pasal ada sorang minah ni from work nak usha dia. Chett! Pasal kawin pulak dia tak jadi kawin tahun ni. Padahal konek dah gatal. Hakaka. Si Epul plak, yang jadi counsellor kat sini cakap mungkin dalam tahun ni dia nak kawin dengan tunang Kelantan dia. Tapi dia konpius nak kawin bulan baper. Budak-budak ni cadang kat dia kawin bulan 9 jer. Si Faisal pulak keje kat Astro sebagai customer sevice. Dia citer la yang dia dah tak heran tengok artis-artis malaysia ni lagi, sebab kat situ dah naik muak tengok muka diorang. Borak punya borak, si Adam datang dengan Razi, siap pow rokok aku lagi tuh! Lepas tu dalam pukul 11 kitorang blah.
atas: Kem, Pidak tengah:Faisal, Zahar, Tapa, P-E, Joe, Zul bawah: Wan @Masum 05
Ok la kawan-kawan aku chow dulu. |
posted at 12:39 AM |
|
1 Comments: |
-
This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this. »
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”
~ Unknown
“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
~ Maya Angelou
“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”
~ Thucydides
“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”
~ Hermann Hesse
|
|
|
|
|
|
|
Advertisement / I'msellingout |
Debt Consolidation
|
|
|
|
This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»