Randomination

keep it real! I'm front'n
Yasmin II
Yasmin
Ikmal Edris
Kit
war
Wira
Sabree
jumpingJane
Armand
Guo
Amad Eimang
Raj
Abby
Ted
Ina
Nadia
Caryn
Hati Batu
Izwan Azrul
Haider
Gidong
© 2008 gdjock@yahoo.com
Friday, August 04, 2006
Islam On Attack



Aku memang letih sesangat hari ni. Tu yang aku tido je sepanjang khutbah. Tapi walaupun aku tido, aku memang boleh merasai keadaan sekeliling aku.

Abis sembahyang Jumaat... ngantuk lagi. Aku mula-mula nak tido duduk, tapi tak selesa. So, aku pi kat bahagian belakang masjid kat tingkat 2 tu dan cuba tido. Aku baring telentang sambil meletakkan kupiah aku kat mata, silau. Lalu aku terdengar anouncement dari sapa ntah kat masjid tu yang Tan Sri Datuk Sri Sanusi Junid, prez UIA nak buat speech. Aku cakap apekehal? Tapi memandangkan aku malas nak bangun so aku just buat-buat tidur.

Keadaan memang agak bising. Ye la baru abis sembahyang jumaat. Tapi prez tetap meneruskan agendanya itu. Tajuk ucapan dia adalah "Islam On Attack". Kalau korang duduk kat UIA ni, ceramah-ceramah atau ucapan-ucapan kat sini dah muak nak dengar. Tapi tak pa, aku just buka telinga, dan buka minda.

Prez cakap keadaan di Malaysia lebih kurang macam kat Palestine. Masa zaman penjajahan dulu, kolonial mengambil immigran dari China dan India untuk membantu memajukan tanah melayu. Sepertilah juga yang berlaku di Palestin di mana pihak kolonial telah membenarkan immigran-immigran yahudi untuk menetap di Palestin untuk kemajuan. Bezanya Malaysia dan Palestin, Palestin gagal untuk mengawal kemasukan immigran yahudi sehingga jumlah mereka melebihi kaum bumiputera Palestin itu sendiri. Akibatnya kaum yahudi bersatu dan membentuk negara mereka di tanah Palestin.

Malaysia bernasib baik kerana jumlah immigran masih lagi minoriti dibandingkan dengan kaum bumiputera iaitu melayu. Ketika Tanah Melayu mahu kemerdekaan daripada Britain, Malaysia terpaksa akur dengan syarat-syarat Britain iaitu mahukan immigran dari China dan India di Tanah Melayu diterima sebagai rakyat Malaya. Namun tidak semua immigran dijadikan rakyat kerana mereka yang didapati menimbulkan masalah seperti kongsi gelap, jenayah, etc ditolak kewarganegaraannya.

Setiap orang melayu secara automatiknya menjadi muslim semenjak dilahirkan. Dan di dalam kamus kehidupan rakyat malaysia, orang melyu dan islam tak dapat dipisahkan. Di bawah kesatuan orang-orang melayu, pelbagai permintaan telah dibuat ketika perlembaggan negara sedang di buat. Para cendikiawan (yang kebanyakkannya dari MPSI) mahukan bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi, ulama-ulama dan tokoh-tokoh agama mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi, golongan-golongan raja-raja mahukan kedaulatan raja-raja dan sebagainya. Akhirnya Malaysia terbina dengan memberikan orang melayu kelebihan yang menunjukkan ketuannan melayu di bumi Malaysia.

Tidak dinafikan, orang melayu banyak maju kerana dibantu oleh kerajaan. Sistem pendidikan yang memberi banyak bantuan kepada anak-anak melayu telah berjaya menempatkan lebih kurang 600 000 pelajar melayu di universiti-universiti di seluruh dunia. Islam sebagai agama rasmi dapat berkembang kerana kerajaan dapat menyalurkan wang kerajaan kepada jalan-jalan fisabilillah. Tahukah anda, bahawa sebarang kegiatan untuk menarik orang melayu keluar dari islam dianggap sebagai satu jenayah? Kerajaan Malaysia sebenarnya cukup memelihara agama Islam rakyat malaysia, oleh itu ramai orang melayu yang ingin memeluk agama lain terpaksa buat secara senyap atau berhijrah ke luar negara.

Dari perkembangan terbaru, kes Lina Joy yang heboh diperkatakan, individu yang membaptiskan Lina sepatutnya boleh dihukum. Lina ingin menggugurkan perkataan 'Islam' dari kad pengenalannya namun kerajaan Malaysia tidak akan membenarkannya. Dengan memeluk agama selainislam Lina terlepas semua hak keistimewaan orang melayu kerana definisi melayu bumiputera itu adalah orang melayu beragama islam.

Evangelis Kristian termasuk Goerge Bush ingin merealisasikan ramalan kemunculan semula Al-Masih (the Messiah) dengan membantu kaum yahudi.

Bresambung...
posted at 7:12 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Every Man For Himself

“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”

~ Unknown

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”

~ Maya Angelou

“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”

~ Thucydides

“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”

~ Hermann Hesse





Advertisement / I'msellingout
Image Hosted by ImageShack.us
Debt Consolidation