Randomination

keep it real! I'm front'n
Yasmin II
Yasmin
Ikmal Edris
Kit
war
Wira
Sabree
jumpingJane
Armand
Guo
Amad Eimang
Raj
Abby
Ted
Ina
Nadia
Caryn
Hati Batu
Izwan Azrul
Haider
Gidong
© 2008 gdjock@yahoo.com
Wednesday, August 02, 2006
MURTAD
Ok la hari ni aku nak tulis dalam bahasa melayu la pulak. Aku bukannya apa, saje je tulis dalam english kadang-kadang, sebab kadang-kadang tu kena la brush sikit ilmu tu. Kalau tak guna tak bermakna la belajar kan? Lagi pun english aku bukannya ok sangat. Malu gak bila baca balik, berterabur segala.

Sekarang ni agak heboh pasal kes Lina Joy, seorang melayu (nama asal Azlina Jailani) yang telah memeluk agama Kristian pada tahun 1998. Lina telah memohon untuk menukar agama secara legal (termasuk menukar perkataan Islam dalam kad pengenalannya) pada tahun 2001 tetapi telah ditolak oleh mahkamah dengan menyatakan sebagai melayu, Lina berada di bawah undang-undang islam sehingga dia mati. Seterusnya Lina membuat permohonan kedua pada 14 Oktober, namun keputusan masih tidak menyebelahi Lina kerana dia dikehendaki membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah. Namun pihak Lina berkata bahawa oleh kerana dia bukan lagi beragama Islam, dia tidak perlu merujuk kepada mahkamah syariah.

Seperti yang kita semua maklum, orang melayu telah beragama islam sejak lahir secara automatik. Setiap orang islam berada di bawah undang-undang islam (syariah), tetapi untuk masyarakat Malaysia, orang melayu yang secara automatiknya beragama Islam berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, islam atau tidak.

Di bawah undang-undang Malaysia, mereka yang murtad ini akan diberi kaunseling selama 3 tahun untuk menarik mereka kembali ke dalam islam. Jika masih mereka masih lagi degil untuk keluar islam, mereka akan dilanjutkan kaunseling sehingga 6 tahun.

Setakat yang aku belajar, hukuman bagi orang-orang murtad dalam islam ini adalah dibunuh untuk mengelakkan daripada mereka mempenaruhi muslim yang lain.

Pada tahun 1992, empat orang telah keluar daripada islam dan mereka dipenjara selama 20 bulan. Bagaimanapun permohonan mereka telah ditolak. Pada Ogos 1998 mereka telah dihukum untuk menghadiri kaunseling selama 3 tahun kerana menolak untuk servis kaunseling pada 1992. Mereka seterusnya cuba untuk memohon sekali lagi untuk menukar agama tetapi ditolak pada tahun 2004.

Artikel 11 ada mengatakan bahawa setiap rakyat Malaysia bebas untuk memeluk mana-mana agama yang dikehendaki. Pada pendapat aku undang-undang ini sebenarnya untuk semua rakyat Malaysia kecuali melayu. Undang-undang ini wujud untuk 'menyenangkan' urusan penukaran agama mualaf. Walaupun kita sedar ini adalah loop hole yang besar lagi nyata, tetapi ini tidak sepatutnya terjadi kerana sebusuk-busuk manapun orang melayu, agak mustahil untuk memikir yang orang melayu akan bertukar agama. Namun kebenaranya memang ramai.
Aku pernah juga berbincang pasal kes murtad ni dengan member-member aku. Biasala, seperti yang aku jangka ramai yang emotional pasal benda ni. Aku lebih kepada senyap saje sebab dah memang jadi tabiat aku untuk melihat reaksi orang lain. Aku tak salahkan mereka yang emosional, itu hak mereka, tapi pada aku, mereka ni cuma mampu setakat buat macam ni je la. Takde benda atau saluran lain yang mereka boleh bantu.
Pada pendapat aku, kalau diorang nak murtad, memang dah tak boleh nak selamatkan. Bagi la kaunseling seribu tahun pun kalau hati mereka dah nak keluar islam, mereka akan pegang walau mereka mati, mempercayai mereka itu benar. Yang boleh kita buat ialah damage control. Kita kuatkan iman kita dan orang sekeliling kita. Walaupun dari sudut agama aku kureng, tapi aku memang yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan pesuruh terakhirNya adalah Nabi Muhammad.
Aku buat tulisan ni bukan sajer sajer je ok. Aku buat rujukan kat internet. Susah jugak nak cari info-info yang credible, tapi apa yang aku rasakan benar aku tulis. Ada web yang mengandungi info tentang orang-orang murtad ni siap ada virus lagi.

source::kid's:::jiwang:::azim:::
p/s; aku nak letak gambar, tapi takut jatuh hukum fitnah pulak. Korang cari la sendiri.
posted at 9:28 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Every Man For Himself

“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”

~ Unknown

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”

~ Maya Angelou

“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”

~ Thucydides

“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”

~ Hermann Hesse





Advertisement / I'msellingout
Image Hosted by ImageShack.us
Debt Consolidation