|
|
| Friday, August 18, 2006 |
| Teknik-teknik menghafal Al-Quran |
RUJUKAN INI DISEDIA DAN DISUMBANGKANOLIH AKHI GURU TAJWEED ;
ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QUR'AN * lkhlaskan niat. * Bersabar. * Mulakan bacaan dengan Bismillah. * Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. * Bersih dari hadas kecil dan besar. * Sebaiknya menghadap kiblat. * Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat. * Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal. * Memberikan tumpuan sepenuhnya. * Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap. * Berhenti membaca ketika ingin membuang angin. * Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.
SEBELUM MENGHAFAL 1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal. 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubahdengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doasebefum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelummula menghafal.
TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL.
A.Teknik "Chunking” (potongan2) * Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjangkepada beberapa bahagianyang sesuai mengikut arahan guru. * Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau3 bahagian) yang sesuai. * Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikutpertukaran cerita. * Memisah-misahkan juz kepada beberapabahagian mengikut surah, hizib,rubu', cerita dan sebagainya. * Memisah-misahkan Ai-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dansebagainya.
B. Teknik Mengulang * Membaca sepotong atau sebahagian ayatsekurang-kurangnya lima kalisebelum mula menghafainya. * Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulangkah (10 atau lebih)sebelum berpindah ke ayat seterusnya. * Selepas menghafal setiap setengah muka surat,harus diulang beberapakali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. * Selepas menghafal satu muka surat diulangbeberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. * Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulangbahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat * Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. * Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. * Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. * Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut denganmata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman * Pilih seorang teman yang sama minat. * Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. * Orang yang kedua membaca dengan disempurnakoleh orang yang pertama. * Saling menyebut ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset/CD * Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu. * Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. * Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qaritersebut sehinggaterpahat di fikiran. * Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan caradan gaya qari tersebut. * Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Qur'andan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu-lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara * Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafaian yang betul. * Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. * Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafainya.
G. Teknik Menulis * Tulis kembali muka surat yang telah dihafal.Kemudian semak semuladengan mashaf. * Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat,atau setiap rubu', atausetiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword‘ * Buat beberapa kotak. * Setiap kotak merupakan satu mukasurat. * Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword atau kunci bagi mukasurat tersebut. * Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur * Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. * Semasa melelapkan mata, dengar kaset/CD bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. * Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib,atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cubabayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset/CD di minda kita.
J. Teknik "Mind-mapping“ * Sagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabangsatu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. * Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita ataurubu'. * Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
MENGEKALKAN HAFALAN 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-iain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat sunat Taqwiyatul hifzi. 5. Menetapikan kadar bacaan setiap hari,contohnya, selembar, setengahjuz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnyapada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.
MUDAH-MUDAHAN IKHWAH SEMUA DIDALAMNAUNGAN KERAHMATAN ALLAH DAN PARAMALAIKAT DALAM MENGISIKAN ALQURANDIDADA. INSYA ALLAH. |
posted at 11:32 AM   |
|
|
|
|
| |
“Count your smiles instead of your tears; Count your courage instead of your fears.”
~ Unknown
“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
~ Maya Angelou
“The secret of Happiness is Freedom, and the secret of Freedom, Courage.”
~ Thucydides
“Everything becomes a little bit different as soon as it is spoken out loud”
~ Hermann Hesse
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| Advertisement / I'msellingout |
Debt Consolidation
|
| |
|
|